Tips

Tips Menulis Karangan Bahasa Inggeris

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek yang sukar bagi pelajar, lebih-lebih lagi apabila pelajar dikehendaki menulis karangan Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris yang kurang dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga menjadi penyebab penguasaan bahasa tersebut kurang dalam diri pelajar. Namun begitu, ledakan teknologi hari ini yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara, mampu mengubah corak penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Bagi yang kurang mahir dalam penulisan Bahasa Inggeris, berikut dikongsikan panduan menulis karangan Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang di ajar di sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang umum digunakan di peringkat global. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris, pelajar dapat berinteraksi dengan baik sekiranya mereka berpeluang melanjutkan pelajaran, mendapat peluang pekerjaan serta melancong ke luar negara. Justeru, bagi menguasai Bahasa Inggeris, pelajar hendaklah terlebih dahulu menguasai subjek Bahasa Inggeris yang dipelajari di peringkat sekolah.

peta minda tips karangan bahasa inggeris

Tips Dan Langkah-Langkah Untuk Menulis Karangan Bahasa Inggeris

Berikut akan dikongsikan tips dan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar dalam mengarang karangan bahasa Inggeris.

Tips Umum Menulis Karangan Bahasa Inggeris

  1. Menulis draf
    • pilih tajuk karangan menggunakan kaedah soalan 5W1H: Who (Siapa),What (Apa), Where (Di mana), When (Bila), Why (Kenapa), How (Bagaimana)
    • rangkakan isi atau idea
    • berikan ayat sokongan kepada isi atau idea
    • gabungkan isi dan ayat sokongan isi menggunakan ayat yang mudah dan difahami
  2. Sewaktu menulis karangan
    • tulis mengikut struktur karangan iaitu terdapat pendahuluan, isi-isi penting dan penutup
    • pastikan penggunaan perkataan tepat dan ejaan yang betul

Panduan Menulis Karangan Bahasa Inggeris Kertas 1 SPM

Di bawah akan dikongsikan panduan untuk menulis karangan Bahasa Inggeris Kertas 1 SPM bagi pelajar-pelajar.

Tips Menulis Esei Bahasa Inggeris

Bahagian A: Directed Writing
  • Baca arahan dan soalan dengan teliti
  • Pastikan kehendak soalan
  • Draf esei anda termasuk pendahuluan kecil dan penutup kecil dalam satu perenggan
  • Gunakan semua isi yang telah diberikan dalam soalan
  • Olah isi tersebut satu per satu menggunakan ayat yang mudah
  • Tambah isi atau idea sendiri jika soalan memberi arahan untuk menambah isi sendiri
  • Kesalahan lazim pelajar:
    • pengurusan masa yang tidak tepat, pelajar perlu menghabiskan masa di bahagian A tidak lebih daripada 45 minit
    • pengolahan isi yang terlalu panjang
    • penggunaan tatabahasa yang salah
Bahagian B: Continuous writing
  • Pilih soalan yang ingin dijawab berdasarkan pengalaman diri, keluarga atau rakan sekeliling, buku, majalah dan pengetahuan yang baik tentang soalan yang dipilih
  • Conteng atau draf terlebih dahulu isi-isi penting yang sesuai dengan kehendak soalan
  • Susun isi mengikut keutamaan dan pastikan esei mempunyai pendahuluan, isi dan penutup
  • Pendahuluan amat penting bagi menetapkan tema esei, menangkap perhatian pembaca dan membuatkan pembaca untuk menjangka keseluruhan isi esei pelajar.
  • Antara cara memmulakan pendahuluan adalah dengan bertanyakan soalan, memberikan definisi, menggunakan tajuk utama akhbar, memberikan pandangan atau menggunakan petikan kata-kata tokoh dan sebagainya.

Berikut akan dikongsikan skema pemarkahan bagi Kertas 1 Bahasa Inggeris SPM sebagai panduan pelajar dan juga guru-guru.

skema markah bi esei 1

skema markah bi esei 2

skema markah bi esei 3 1

skema markah bi esei 4

Semoga perkongsian tips dan langkah-langkah untuk menulis karangan Bahasa Inggeris dapat membantu pelajar memperbaiki penguasaan bahasa dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.