Sekolah

Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2024 Online

Perhatian kepada pelajar Tahun Enam (6) yang telah mengambil peperiksaan di sekolah pada tahun 2023. Menerusi makluman Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Perak, Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2024 Tingkatan 1 akan dibuka sehingga tarikh yang akan dikemaskini dab dimaklumkan oleh JPN Perak.

Untuk makluman semua, permohonan kemasukan Sekolah Kawalan Negeri Perak melibatkan permohonan kemasukan ke Kelas Rancangan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA), Kelas Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak. Antara sekolah yang menawarkan kelas-kelas terbabit adalah Sek Raja Dr Nazrin Shah, SMKA Kerian, SMKA Sultan Azlan Shah dan SMKA Slim River.

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Negeri Perak Tahun 2024

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Kawalan Negeri Perak untuk sesi persekolahan tahun 2024.

Permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Perak

Di bawah adalah tarikh-tarikh penting bagi calon yang berminat untuk memohon kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak ambilan tahun 2024:

Tarikh Penting Permohonan SMAN Perak 2024

Tarikh buka29 September 2023
Tarikh tutup31 Oktober 2023
Tarikh Semakan Permohonan22 Disember 2023
Tarikh Ujian Bertulis13 Januari 2024
Semakan status panggilan Ujian Hafazan22 Januari 2024
Ujian Saringan Hafazan bagi calon yang memilih aliran Kurikulum Bersepadu Tahfiz3 Februari 2024
Semakan keputusan dan tawaran1 Mac 2023
Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online dibuka
Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online ditutup
Pendaftaran Pelajar ke SMAN
NOTA: Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Sekolah yang berada di bawah kendalian SMAN Perak adalah:

  1. Sekolah Izzuddin Shah (L) – Aliran KBD
  2. Sekolah Raja Perempuan Taayah (P) – Aliran KBD
  3. Sek Men Raja Dr. Nazrin Shah (L & P) – Aliran KBD
  4. SMTDR Manjung (L) – Aliran KBT
  5. SMTDR Batang Padang (P) – Aliran KBT
  6. SMTDR Kerian (P) – Aliran KBT
  7. SMTDR Lenggong (L) – Aliran KBT
  8. SMTDR Tambun (L) – Aliran KBT

Pemohon boleh membuat permohonan secara online di pautan berikut:

Permohonan Sekolah Kawalan Negeri Perak 2024

Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Di bawah adalah maklumat bagi tahun-tahun sebelum ini sebagai rujukan:

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2020

Tarikh buka20 September 2019
Tarikh tutup31 Oktober 2019
Tarikh Semakan Guru Kelas dan Pengesahan Guru Besar di APDM dibuka20 September 2019
Tarikh Semakan Guru Kelas dan Pengesahan Guru Besar di APDM ditutup31 Oktober 2019
Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Temuduga Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah ke SMKA Kerian (TMUA)29 November 2019
Temuduga Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah di SMKA Kerian (TMUA)2 Disember 2019
Proses kelulusan dan pengumuman KRK20 Disember 2019
Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online dibuka20 Disember 2019
Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online ditutup2 Januari 2020
Pendaftaran Pelajar ke SMKA 7 Januari 2020
NOTA: Sebarang perubahan tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Permohonan Sekolah Kawalan Negeri Perak 2021

Pemohon boleh membuat permohonan secara online di pautan berikut:

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) 
Portal APDM https://apdm.moe.gov.my/

Dasar Pengambilan & Syarat Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2021 Tingkatan 1

Permohonan adalah dibuka kepada semua pelajar tahun 6 (2020) dengan syarat seperti berikut. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini:

Dasar Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 ke SMKA/KAA

  1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia
  2. Pelajar Sekolah Rendah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, SRAR dan SRAN yang berdaftar dengan pihak berkuasa negeri serta sekolah Swasta (Agama) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Keutamaan diberikan terhadap pelajar yang mampu menulis dan membaca tulisan jawi serta membaca al-Quran dengan baik
  4. Pemohon aktif dalam kokurikulum
  5. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
  6. Lulus Temuduga dan Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah untuk calon TMUA

Syarat-Syarat Permohonan Murid ke SMKA

  1. Cemerlang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah
  2. Cemerlang Kokurikulum Agama
  3. Menduduki dan lulus dalam Ujian Sijil Pendidikan Islam Tamat Sekolah Rendah (SPITSR) dan Ujian Tahap Kecerdasan
  4. Menduduki dan lulus Ujian Saringan Hafazan serta Tilawah di SMKA Kerian (TMUA)

NOTA: Pemilihan pelajar diuruskan sepenuhnya oleh urus setia Penempatan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Syarat-Syarat Kemasukan : Sekolah RKN dan RK Daerah (RKD)

Berikut dikongsikan syarat-syarat kemasukan RKN dan RKD tahun 2020. Bagi tahun 2021 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Pemohon menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2018
  3. Pemohon merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) di negeri Perak di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia
  4. Pemohon mendapat 6A dan minimum 3A 3B (untuk RK Negeri) dan minimum 2A 4B (untuk RK Daerah)

Keputusan Calon Berjaya Temuduga TMUA

Pengumuman Keputusan Calon Berjaya Temuduga Ujian Saringan Hafazan dan Tilawah ke SMKA Kerian (TMUA) akan dijalankan pada tarikh berikut:

  • Tarikh Pengumuman Keputusan : akan dikemaskini (Tahun lepas: 29 November 2019)

Untuk membuat semakan, pemohon boleh membuka akses pada pautan di bawah:

Status Kelulusan Dan Pengumuman KRK

Proses kelulusan dan pengumuman KRK adalah pada:

  • Tarikh Pengumuman : akan dikemaskini (Tahun lepas: 20 Disember 2019)

Akses pautan berikut untuk maklumat lanjut:

Tarikh Cetakan Surat Tawaran Dan Rayuan

Proses cetakan surat tawaran dan rayuan online boleh dibuat oleh pelajar bermula pada :

  • Tarikh Buka : akan dikemaskini (Tahun lepas: 20 Disember 2019)
  • Tarikh Tutup : akan dikemaskini (Tahun lepas: 2 Januari 2020)

Rayuan permohonan ke sekolah kawalan boleh dibuat melalui pautan di bawah:

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau masalah, sila hubungi:

  • 05-208 4938/4949/4950/4951/4955 (Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak)
  • 05-501 5000 (Jabatan Pendidikan Negeri Perak)
  • jpn.perak@moe.gov.my (Emel Jabatan Pendidikan Negeri Perak)

Kepada pelajar Tahun Enam (6) 2023, selamat membuat Permohonan Sekolah Kawalan Perak 2024 Tingkatan 1 mengikut tarikh permohonan. Diharapkan permohonan ke sekolah pilihan masing-masing berjaya.