Nota
Nota Geografi Tingkatan 3 (Semua Bab)
Geografi merupakan salah satu subjek teras yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar menengah rendah di Malaysia. Pemahaman pelajar tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global. Usaha ini selaras dengan matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berikut dikongsikan Nota Geografi Tingkatan 3 untuk rujukan pelajar.
Mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia. Kandungan ini merangkumi kajian tentang interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia. Kajian ruangan merangkumi pemahaman murid tentang Kemahiran Geografi, Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Aspek-aspek ini dikaji dalam pelbagai komuniti di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, Geografi merupakan mata pelajaran yang menarik untuk dipelajari dan wajar untuk para pelajar memahami dan mendapat keputusan yang baik dan cemerlang menjelang ujian atau peperiksaan.
Isi Kandungan
Nota Geografi Tingkatan 3 (Bahagian A Dan B)
Pelajar memerlukan alternatif seperti nota atau peta minda bagi memahami dan menambah daya memori terhadap mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Justeru, pendekatan seperti nota ringkas akan membantu pelajar-pelajar untuk bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dan juga memahami mata pelajaran tersebut dengan lebih baik.
Sukatan Pelajaran Tingkatan 3
BAHAGIAN A : KEMAHIRAN
- Unit 1: Kedudukan
- Unit 2: Arah
- Unit 3: Skala Dan Jarak
- Unit 4: Graf , Carta Dan Rajah
- Unit 5: Peta
BAHAGIAN B : GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA
TEMA 7 : SUMBER
- Unit 6 : Sumber-sumber Utama
- Unit 7 : Taburan Pelbagai Sumber
- Unit 8 : Kepentingan Pelbagai Sumber
- Unit 9 : Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
- Unit 10: Pengurusan Sumber
TEMA 8 : KEGIATAN EKONOMI
- Unit 11: Kegiatan Ekonomi Utama
- Unit 12: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi
- Unit 13: Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan Negara
- Unit 14: Kesan Kegiatan EkonomiTerhadap Alam Sekitar
- Unit 15: Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
- Unit 16: Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
Nota Ringkasan Geografi Tingkatan 3
Berikut adalah perkongsian nota geografi bagi Tingkatan 3 yang boleh menjadi rujukan dan panduan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan di sekolah. Pelajar boleh membuka pautan dibawah:
Semoga perkongsian di atas dapat membantu pelajar dalam mencari sumber pembelajaran tambahan serta memberikan input yang berguna kepada pelajar dalam subjek Geografi. Selamat mengulang kaji pelajaran serta semoga mendapat keputusan yang cemerlang.