Nota

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Berita baik buat pelajar Tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda mencari alternatif atau kaedah terbaik untuk mengulang kaji dan bersiap sedia menghadapi kertas peperiksaan mata pelajaran sejarah? Jika ya, di bawah adalah Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua sebagai rujukan untuk anda.

Sebagai makluman, pada objektif pembelajaran bab ini adalah pelajar perlu menyatakan sebab-sebab penentangan terhadap British, menghuraikan bentuk perjuangan pemimpin tempatan menentang British dan menjelaskan kepentingan permuafakatan dalam perjuangan. Selain itu, pelajar perlu menjelaskan faktor-faktor pemangkin nasionalisme, knal pasti isu dalam akhbar, majalah dan novel yang mendorong nasionalisme serta menjelaskan peranan persatuan-persatuan dalam menggalakkan kesedaran nasionalisme.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Bertajuk : Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua yang boleh anda rujuk untuk mengulang kaji mata pelajaran Sejarah.

Baca juga: Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 1

Maksud Nasionalisme: Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar

A) Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

Tokoh Pemimpin Tempatan

  • Penghulu Dol Said
  • Dato Maharaja Lela
  • Rentap
  • Mat Salleh

Sebab-Sebab Penentangan

Nota

1. Dasar Penaklukan British
  • Penaklukan British terhadap daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah
  • Bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya
  • Contohnya apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti
2. Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan
  • Eksploitasi ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimetrai oleh mereka dengan pemimpin tempatan
  • Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perdagangan dan perlombongan bijih timah
3. Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap Masyarakat Tempatan
  • British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah utk mendapatkan hasil yang maksimum
  • Peraturan-peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan
4. Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan
  • British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan
  • Contohnya di Perak, J.W.W. Birch campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu
5. Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
  • Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah
6. Kesulitan Penduduk Tempatan
  • Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka
  • Mereka tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yg menyulitkan kehidupan mereka

 

Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

Tokoh

Sebab Penentangan/Kesan

Peristiwa Penentangan

1. Penghulu Dol SaidSebab Penentangan:

  • Tidak bersetuju Naning diletakkan sebagai
    sebahagian wilayah taklukan British
  • Mengingkari arahan British supaya menghantar satu persepuluh sebagai ufti kepada negeri Melaka

Kesan:

  • Dol Said menyerah diri dan di bawa ke Melaka
  • 1831 British menghantar tentera untuk menakluki Naning tetapi ditentang oleh Penghulu Dol Said
  • Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British di bawah pimpinan Kapten Wylie yang hendak menawan Taboh kerana bantuan ketenteraan daripada Yan Tuan Ali, Syed Shaban, Dato Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh
  • 1832 Dol Said dikalahkan dalam serangan kali ke 2 kerana tentera British seramai 1200 orang dan Dol Said tidak mendapat bantuan
    daripada sesiapa pun
2. LinggirSebab Penentangan :

  • Penaklukan James Brooke ke atas daerahnya
  • Sebagai tindak balas terhadap langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran di Sungai Saribas

Kesan :

  • Linggir tewas dalam pertempuran
  • Menyerang kapal Nemesis di Batang Lupar
3. RentapSebab penentangan :

  • Menentang Brooke yang bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun
  • Menghalang kezaliman James Brooke di Kubu Nanga Skrang.

Kesan :

  • Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangan semakin lemah
  • Menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan berjaya mengusir James.
  • Tentera James bertindak balas dengan membakar kampung
  • Rentap berundur ke Bukit Sadok dan diserang sekali lagi
  • Tentera James berjaya mengalakan tentera Rentap
4. Syarif Masahor Dan Patinggi GapurSebab Penentangan :

  • Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka iaitu Sungai Rajang. Kehilangan kuasa memungut cukai. Kehilangan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pembinaan kubu oleh James Brooke di Kanowit

Kesan:

  • Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
  • Datu Patinggi melarikan ke Betawi dan ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke
  • Syarif menyerang kubu
  • Mereka menyerang James di Kuching tetapi gagal
5. Dato Bahaman (Pahang)Sebab penentangan :

  • Menolak udang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan. Menolak sistem kehakiman barat. Menolak pemunggutan hasil tanah dan sistem cukai. Menolak penubuhan pasukan polis luar
  • Undang- undang British menghakis kuasanya sebagai orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan

Kesan:

  • Akibat tekanan British Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
  • Mendapat pelindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan dan menetap di Hulu Kelantan
  • Berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Meninggal dunia di Chieng Mai
  • Menentang pembinaan Balai Polis di Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya
  • Menyerang British kerana menangkap anak buahnya
  • Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
  • Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
6. Tok Janggut (Kelantan)Sebab penentangan :

  • Menentang pelaksanaan sistem penasihat British
  • Menentang British memaksa menerima pakai sistem cukai. Enggan membayar cukai

Kesan :

  • Melumpuhkan perjuangan Tok Janggut kerana serangan tersusun dan peralatan yang lebih moden
  • Tok Janggut terkorban dan mayat diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British
  • Bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Putih
  • Pihak polis diarah menangkap Tok Janggut tetapi gagal
  • Menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya
  • Sebuah kerajaan dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah
  • Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan, British menyerang dengan kapal H.M.S Cadmus di Saring
7. Haji Abdul Rahman LimbongSebab Penentangan :

  • Menentang kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British

Kesan :

  • Haji Abdul Rahman Limbong diserang oleh 50 orang polis dari Singapura
  • Ditahan dan dibuang negeri ke Makkah
  • Mengetuai penduduk kampung membersih tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan British
  • 300 penduduk kampung berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah
  • Membimbangkan British dan dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan
  • Dasar British kemarahan penduduk menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata
  • Kumpulan yang menyerang kerajaan di Kuala Berang berjaya mendudukinya
  • Kumpulan di Kuala Telemong sedia menunggu arahan menentang British
  • Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British menghantar 3 orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang
  • 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan berjaya tumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan 11 orang

Iktibar perjuangan pemimpin tempatan:

  • Semangat setia negara yang tinggi
  • Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa
  • Sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpun dengan pengikut
  • Sikap berdisplin dan gigih berusaha

B) Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan :

  • British meletakkan seorang Residen
  • Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
  • Pembesar diberikan pencen
  • Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
  • Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
  • Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan :

  • Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
  • Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
  • Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
  • Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran:

  • Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
  • Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
  • Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
  • Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
  • Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
  • Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
  • Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
  • British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
  • Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
  • Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
  • Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
  • Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
  • Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
  • Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.

  • Konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
  • Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
  • Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
  • Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
  • Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
  • Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
  • Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah:

  • PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
  • Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
  • Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
  • Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
  • Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak:

  • Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
  • Mendorong kepada penentangan terhadap British
  • Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan:

  • Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
  • Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
  • Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
  • Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
  • Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
  • Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
  • Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik Serantau:

  • Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
  • Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
  • Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
  • Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
  • Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

Gerakan ISLAH Di Tanah Melayu

Maksud Gerakan Islah:

  • Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
  • Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
  • dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh /pelopor:

  • Sheikh Tahir Jalaludin
  • Syed Syeikh al-Hadi
  • Dr. Burhanuddin al-Helmy

Matlamat / tujuan / isu:

  • menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
  • Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
  • Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
  • Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
  • Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Akhbar/ Majalah:

  • Al-Imam, Neracha, Edaran Zaman, Pengasuh, Saudara

Tokoh-tokoh:Sheikh Tahir Jalaluddin:

  • Tokoh gerakan Kaum Muda.
  • merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
  • menulis dalam majalah al-Manar.

Syed Syeikh al-Hadi:

  • tokoh gerakan Kaum Muda
  • menubuhkan Jelutung Press
  • menerbitkan majalah Saudara.
  • mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
  • mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.

Halangan/Tentangan:

  • Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
  • Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
  • Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  • Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
  • Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
  • Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

Sumbangan:

  • Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
  • Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
  • Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan:

  • Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
  • Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaa’ba) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
  • Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
  • Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
  • Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
  • Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

Akhbar:

  • Warta Melayu, Lembaga Malaya, Majlis Utusan Melayu, Warta Negara, Fajar Sarawak

Isu yang dibangkitkan oleh akhbar dar aspek Sosial/Pendidikan:

  • Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
  • Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
  • Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
  • Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
  • Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
  • Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
  • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
  • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
  • Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Aspek ekonomi:

  • Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
  • Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
  • Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
  • Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
  • Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur
  • Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik ialah
  • Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
  • Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan – kemajuan kepada masyarakat Melayu
  • Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
  • Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang – Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah – pertubuhan kebangsaan
  • Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan

Isu yang dibangkitkan oleh Majalah Pengasuh:

  • Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut,
  • Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
  • Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
  • Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
  • Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
  • Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Guru:

  • Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
  • Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah;
  • Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
  • Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
  • Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
  • Membaiki taraf hidup orang Melayu
  • Memajukan bahasa dan sastera Melayu
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
  • Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
  • Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
  • Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
  • Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
  • Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Novel:

  • Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah:
  • Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
    • Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
    • Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
    • Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda
  • Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
    • Semangat anak muda menentang penjajah
    • Hargai warisan bangsa
    • Semangat cintakan tanah air
    • Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
  • Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
  • Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid
    • Emansipasi wanita
    • Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
    • Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):

  • Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
  • Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
  • Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
  • Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
  • Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
  • Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
  • Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ):

  • KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
  • Bersifat radikal dan anti-penjajah British
  • Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
  • Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda melayu
  • Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
  • Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
  • KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
  • Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut

Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua dapat membantu pe;ajar dalam membuat ulangkaji sebelum peperiksaan.