Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Di Asia Tenggara
nota sejarah bab 3 tingkatan 4
Panduan buat pelajar Tingkatan 4 yang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mencari rujukan bagi mengulang kaji dan membuat persiapan sebelum mengambil peperiksaan mata pelajaran Sejarah? Sekiranya ya, berikut adalah Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Di Asia Tenggara sebagai rujukan untuk pelajar-pelajar.
Objektif pembelajaran bagi Bab 3 mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 adalah pelajar perlu menerangkan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara dan menghuraikan pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara. Selain itu, pelajar juga mampu menyenaraikan ciri kerajaan Agraria dan kerajaan maritim serta mengenal pasti pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam perkembangan tamadun awal di Asia Tenggara.
Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Di Asia Tenggara (Sejarah Form 4 Chapter 3)
Di bawah adalah nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Di Asia Tenggara. Anda boleh merujuk nota di bawah untuk membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan dan mengulang kaji pelajaran serta melengkapkan latihan.
Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan awal di Tanah Besar seperti: Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai dan Ayuthia. Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
Bukti kewujudan dapat dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
Sumber Cina: Funan wujud pada 3 Masihi(M) – yang awal di Asia Tenggara (AT). Data arkeologi Funan wujud 3M – bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.
Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India. Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.
Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk Terengganu, Sungai (Sg) Tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.
Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai. Tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
Tamadun Awal Asia Tenggara seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang berkembang dengan kapal layar dan perahu.
Manik dan tembikar bukti perdagangan di Asia Tenggara (AT) mula sejak 5 Sebelum Masihi (SM) dan petempatan awal pada 2 atau 3M.
Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan
Bentuk Kerajaan Awal
Kerajaan
Nota
1. Agraria
Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur seperti kerajaan Dvaravati – Sungai Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg Mekong (Kemboja, Loas, dan Vietnam)
Selain itu dapat juga di pedalaman – kawasan Berbukit dan lereng gunung berapi spt kerajaan taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia.
Kerajaan awal yg terkenal: Sailendra (Jawa tengah), Angkor (Kemboja) dan Sukhotai (Thailand). Funan dari agraria ke maritim
Terbentuk secara evolusi – jadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.
Tanaman utama : Padi sawah, padi huma, jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran. Rempah ratus spt – cengkih, dan lada hitam hasil hutan spt gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan pelbagai buahan.
Lain-lain : Sarang burung utk perdagangan, Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, kulit kura-kura.
Ternakan haiwan seperti lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
Tahap awal pertanian utk sara diri kemudian komersil – ia dipengaruhi pembinaan sistem pengairan. Funan dan Angkor pengairan dari sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. – raja dan kerajaan bertanggungjawab membina dan mengurusnya spt zaman Raja Indravarman 1 (877M) – bina sistem pengairan dan baray – tempat takungan air seperti tasik.- Majukan pertanian Angkor.
Kerajaan Angkor kuat sebab kedudukannya dekat dengan Tasik Tonle Sap dan Sungai Mekong. Cuaca yang sesuai dan tanah yang subur.- utk padi, ikan air tawar, punca air minum – upaya tampung penduduk yg ramai.
2. Maritim
Kerajaan yang menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan. Terletak pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sungai Musi,Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.
Kerajaan utama : Langkasuka (Sungai Yarang), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sg.Muda), Chih Tu (Sungai Kelantan), Srivijaya (Sungai Musi), Mo-lo-yu (Sungai Batang Hari), Kalah (Sungai Takuapa), Fo-lo-an (Sungai Trengganu), Peng-keng (Sungai Pekan) dan Tiumah di Pulau Tioman.
Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga berkembang jadi kaw. Emas dan timah. Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal spt Klang dan Kuala Selingsing (Perak). – Disinggahi – dapatkan barang seperti Damar, rotan, emas, timah dan hasil laut.
Maju – jadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya. – Mula perdagangan yg berhampiran kemudian berkembang jauh.
Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju. Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – jadi pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan dan hasil kerajaan persekitarannya.
Emas banyak – T Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas. Tarikan org India dan Yunani.
Bahasa melayu – bahasa lingua franca – penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu – terkenal pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga kaedah bintang di langit.
Kerajaan Agraria
Nota
1. Ciri-ciri kerajaan Agraria
Terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai
Menanam padi sawah dan padi huma
Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan
Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai
Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam
Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim
Pembinaan sistem pengairan yang bersumberkan dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap
Raja terlibat dalam pembinaan pengairan
Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan
2. Kegiatan ekonomi kerajaan Agraria
Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.
Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.
3. Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria
Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap, Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah
Hasil padi dapat menampung keperluan beras
Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
Tanah sekitar yang subur
Iklim panas lembap sepanjang tahun
Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
Sumber ikan air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap
Kerajaan Maritim
Nota
1. Kerajaan Maritim Srivijaya
Terletak di Sungai Musi. Punyai tentera yg besar.- Kawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.
Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. – Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. – Ia juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
Anutan agama Hindu.
Jadi kuasa Maritim Utama dengan cara: i. Ada bala tentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti di Selat Melaka. ii. Kedudukan pelabuhan yang strategik dan jadi pusat persinggahan kapal yang berdagang antara Cina dan India. iii.Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan oleh wilayah taklukannya. iv. Keupayaan membina bala besar
2. Kerajaan Maritim Kedah Tua
Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot. Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar. Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.
Panduan ke pelabuhan – Gunung Jerai
Kedudukan strategik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan Timur dan Barat.
Wujud tempat penyimpanan barang seperti Damar, rotan dan timah. Barangan luar yang ada seperti Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.
3. Ciri-ciri Kerajaan Maritim
Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan
Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan
Pelabuhan entrepot
Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar, orang laut.
Wujud bahasa lingua franca
Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan kuat.
Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.
4. Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim
Pelabuhan Pembekal – bekalkan barangan tempatan kepada pedagang kemudian pelabuhan kerajaan apabila menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi pelabuhan entrepot – membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan antarabangasa.
Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
5. Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria
Agraria hasilkan beras, makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang/sistem barter.
Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan Agraria untuk buat kapal – guna tukang kayu kerajaan Agraria.
Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan diplomatik.
Pengaruh Hindu Buddha
Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme . Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .
Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan kesusasteraan.
Bukti kemasukan pengaruh India:
Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur, Candi di Angkor.
Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga dilihat melalui data I Tsing 671M terdapat 1000 bhiksu yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit
Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.
1. Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera.
2. Pedagang atau vaisya.
3. Golongan Brahmin atau pendeta.
4. Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan.
Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
Amalan kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng, Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu, Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
Sistem beraja
Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. – untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan perdagangan emas dengan India.
Diharapkan perkongsian di atas berkenaan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 3 Tamadun Awal Di Asia Tenggara dapat membantu semua khususnya kepada pelajar yang beakal menduduki peperiksaan SPM.
Related : kesedaran kebangsaan perang dunia kedua di asia pasifik taat setia negara bangsa pendudukan jepun bijih timah sejarah tingkatan 4 kssm undang undang, jabatan siasatan jenayah criminal intelligence dihantar ke tanah melayu untuk deklarasi 14 perkara woodrow wilson konflik dunia kedua di asia pasifik kerjasama parti kuomintang dan mpaja jerman tidak lagi menjadi ancaman negara kita sebelum perang dunia force 136 yang mewakili tentera british gerakan islam dari timur tengah mengedarkan tulisan berkaitan dengan agama dan politik sokongan orang melayu dan menubuhkan pasukan tanah jajahan kepada pakatan bertiga pendudukan jepun di sarawak dan sabah kesedaran politik di sarawak dan sabah rejimen askar melayu benteng pertahanan raja raja kuasa tengah dan pakatan bertiga membayar pampasan kepada pakatan bertiga untuk menggalakan