Nota

Nota Geografi Tingkatan 1 (Bab 1 Hingga Bab 16)

Subjek geografi adalah subjek mengenai sains ruang dan tempat. Ia juga dikaitkan dengan permukaan bumi, keadaan fizikalnya, iklim, kependudukan, keluaran dan lain-lain. Sebelum ini, pelajar akan didedahkan kepada subjek berkaitan geografi pada Tahun 5 di sekolah rendah melalui subjek, kajian tempatan.

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan subjek lain iaitu reka bentuk dan teknologi, sejarah serta teknologi maklumat dan komunikasi sekaligus memansuhkan subjek kajian tempatan di peringkat sekolah rendah.

Geografi merupakan mata pejalaran teras di peringkat Sekolah Menengah Rendah dan sebagai mata pelajaran elektif di peringkat Sekolah Menengah Atas. Mata pelajaran Geografi bertujuan untuk melengkapkan murid dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan.

Nota Geografi Tingkatan 1 Bahagian A & B (Bab 1 Hingga Bab 16)

Kandungan mata pelajaran Geografi digubal berdasarkan pemahaman bahawa bumi dan alam sekitarnya adalah ruangan kediaman manusia. Pemahaman murid tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik serta mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global.

Pembelajaran boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pendekatan menggunakan nota adalah salah satu cara untuk meningkatkan pemahaman dan daya ingatan pelajar. Caranya adalah dengan menelusuri ringkasan setiap topik dalam subjek yang ingin di ulang kaji. Bagi Tingkatan 1, Subjek geografi terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A, kemahiran geografi dan bahagian B, geografi fizikal dan manusia.

Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 1

BAHAGIAN A

  • Bab 1: Kedudukan
  • Bab 2: Arah
  • Bab 3: Skala Dan Jarak
  • Bab 4: Graf
  • Bab 5: Peta

BAHAGIAN B

TEMA 1 : BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

  • Bab 6 : Bentuk Muka Bumi
  • Bab 7 : Potensi Dan Halangan Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Manusia
  • Bab 8 : Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

TEMA 2 : CUACA DAN IKLIM

  • Bab 9 : Pergerakan Bumi Di Dalam Sistem Suria
  • Bab 10: Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia
  • Bab 11: Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim

TEMA 3 : TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

  • Bab 12 : Jenis Dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar
  • Bab 13 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi PelbagaI Jenis Tumbuhan-tumbuhan Semula Jadi
  • Bab 14 : Kepentingan Tumbuhan-tumbuhan Semula Jadi
  • Bab 15 : Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar
  • Bab 16 : Pemeliharaan Dan Pemuliharaah Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi Dan Hidupan Liar

Muat Turun Nota Ringkas Geografi Tingkatan 1

Berikut adalah perkongsian nota geografi bagi Tingkatan 1 yang boleh menjadi rujukan dan panduan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan di sekolah:

Semoga perkongsian di atas dapat membantu pelajar dalam mencari sumber pembelajaran tambahan serta memberikan input yang berguna kepada pelajar dalam subjek Geografi. Selamat mengulang kaji pelajaran serta semoga mendapat keputusan yang cemerlang.