Nota

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Panduan buat calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Adakah anda menghadapi masalah untuk mengulang kaji atau menghafal isi-isi penting dalam mata pelajaran Sejarah? Jika ya, berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sebagai kaedah alternatif pembelajaran anda (nota ringkas).

Pelajar seharusnya menguasai objektif pembelajaran bab ini iaitu menerangkan kronologi perkembangan pemerintahan beraja di negara kita, meneroka bukti amalan demokrasi dalam pemerintahan negara serta menjelaskan keunikan amalan demokrasi berparlimen di negara ini. Selain itu, para pelajar perlu mengetahui kedudukan Yang di-Pertuan Agung sebagai tonggak pemerintahan negara dan membuat rasionalisasi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 SPM : Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Di bawah adalah Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Anda boleh merujuk nota-nota berikut untuk mengulang kaji mata pelajaran Sejarah dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.

Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen

Raja berperlembagaan seiring dengan konsep demokrasi berparlimen di dalam pemerintahan negara kita.

Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka

Pada zaman ini, raja berkuasa mutlak dan pemerintahan berdasarkan undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Selepas kedatangan Islam, raja sebagai ketua Islam. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka menjadi pelopor kepada tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh negeri Melayu yang lain.

Sebelum Perang Dunia Kedua

Disebabkan pemerintahan beraja, British sukar meluaskan kuasa di negeri Melayu. British memperkenalkan Sistem Residen (NNMB) dan Sistem Penasihat (NNMTB). Di NNMB, British hanya mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri. Di NNMTB, British hanya menempatkan Penasihat British namun pentadbiran negeri tetap dilaksanakan oleh pembesar yang dilantik oleh Raja

Semasa Pendudukan Jepun

Raja-raja Melayu: Ketua dalam hal ehwal agama Islam dan masih memperoleh pendapatan.
Kedudukan Raja-raja Melayu: dibawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.

Selepas Perang Dunia Kedua

  • Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946
  • Raja-raja Melayu kehilangan kuasa.
  • British memerintah Malayan Union melalui Gabenor yang dilantik.
  • Raja-raja Melayu dan penduduk Tanah Melayu menentang Malayan Union.
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu – Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan.
  • Undang-undang Tubuh – Digubal oleh Raja-raja Melayu dan terpakai sehingga hari ini.

Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka

  • Kemerdekaan Tanah Melayu diperolehi melalui perundingan dan persetujuan.
  • Pemerintahan beraja diteruskan dan dipinda bersesuaian dengan konsep demokrasi.
  • Jawatan YDPA sebagai Ketua Utama Negara.
  • Raja : Pemerintah tertinggi negara.
  • Rakyat : Mempunyai hak untuk memilih pemimpin melalui pilihan raya.

Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja mempunyai kedudukan dan peranan dalam pemerintahan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Majlis Raja-Raja bermula dengan pembentukan Durbar dan mempunyai peranan dalam pemerintahan negara.

Pembentukan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

  • 1897 : Pembentukan Durbar seiring dengan penubuhan NNMB.
  • Peranan Durbar : Sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu NNMB untuk hal-hal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British.
  • Maksud Durbar : Perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British.
  • Keahlian Durbar : Pesuruhjaya Tinggi British (Pengerusi), Raja-raja Melayu NNMB, Residen British di NNMB dan Setiausaha NNMB.

Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union (MU)

  • Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan.
  • Majlis Sultan-Sultan – Gabenor MU (Pengerusi), 9 orang Raja Melayu, Ketua Setiausaha MU, Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kewangan.
  • Fungsi majlis ini adalah untuk membincangkan undang-undang agama Islam dan menasihati Gabenor tentang perkara yag dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu.
  • Walau bagaimanapun, Majlis Sultan-Sultan tidak pernah dilaksanakan kerana Raja-raja Melayu menentang MU.

Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Majlis Raja-Raja : Ditubuhkan apabilah Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union.
  • Majlis ini menjadi institusi yang mempunyai kuasa dan sekretariat yang sesuai dengan kedudukan dan peranannya.
  • Diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu.
  • Pengerusi ditentukan dalam kalangan 9 orang Raja Melayu.
  • Persidangan perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu untuk memeterai keputusan persidangan.
  • Raja-raja Melayu : Diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British mengenai penggubalan undang-undang dan dasar Kerajaan Persekutuan.

Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka

  • Selepas merdeka (31 Ogos 1957) – Peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan tetapi keanggotaannya mengalami perubahan.
  • Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja.
  • Selepas pembentukan Malaysia (1963) – Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli.
  • Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja seperti pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA.

Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembangan Persekutuan

  • Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam system Raja Berperlembagaan.
  • Majlis Raja-Raja boleh bertindak menggunakan budi bicara bagi melaksanakan fungsi Majlis Raja-Raja.
  • Fungsi Majlis Raja-Raja:
    1. Memilih YDPA dan Timbalan YDPA.
    2. Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
    3. Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan tertentu.
    4. Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah dan kepentingan sah kaum lain.
    5. Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu.
    6. Memperkenan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan.
    7. Memperkenan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu.
  • Majlis Raja-Raja menjadi pengimbangan dalam system perlembagaan melalui 2 cara iaitu:
    1. Hak untuk dirundingkan dalam beberapa pelantikan penting.
    2. Hak untuk membincangkan hal berhubung dengan dasar negara.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan

Raja Berperlembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara apabila Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan peranan institusi beraja. Institusi beraja di negara kita terdiri daripada institusi Majlis Raja-Raja, institusi beraja di negeri-negeri dan institusi Yang di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan.

Institusi Yang di-Pertuan Agong

Jawatan YDPA diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Maka YDPA dipilih dalam kalangan raja di 9 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pemilihan YDPA dilaksanakan melalui Majlis Raja-Raja menurut kaedah dalam Perlembagaab Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja. Kewujudan YDPA seiring dengan jawatan Timbalan YDPA berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong

  • Yang di-Pertuan Agong – Ketua Utama Negara (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan).
  • Punca kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemulian negara.

Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Kuasa YDPA meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

1) Kuasa Eskekutif – YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

  • Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri : YDPA melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri. Baginda melantik Menteri, Timbalan Menteri daripada Ahli Dewa Rakyat atau Dewan Negara dengan nasihat Perdana Menteri.
  • Pelantikan Jawatan Penting : YDPA melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara. YDPA melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli Majlis Angkatan Tentera.
  • Ketenteraan : YDPA sebagai Pemerintahan tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia.
    YDPA dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab di bawah kuasa baginda bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera serta perkara yang bersangkutan dengan gerakan tentera.
  • Diplomatik : YDPA melantik diplomat Malaysia ke luar negara. YDPA juga menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas di Malaysia.

2) Kuasa Perundangan : YDPA perkenan sesuatu Rang Undang-Undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

  • Persidangan Parlimen :YDPA mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang dan membubarkan Parlimen
  • Agama : YDPA sebagao Ketua Agama Islam di negeri baginda, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Di negeri lain – Ketua Agam Islam ialah raja di negeri masing-masing.
  • Hak dan Keistimewaan : YDPA menjaga dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumuputera di Sarawak dan Sabah serta kepentinga sah kaum lain.
  • Pengistiharan Darurat : YDPA boleh mengisytiharkan darurat. Pengisytiharan darurat dibuat sekiranya wujudnya keadaan yang mengancam keselamatan awam dan ekonomi negara.

3) Kuasa Kehakiman – YDPA lantik hakim Mahkmah Atasan yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

  • Kuasa Pengampunan : Dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan, seseorang yang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada YDPA. YDPA bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan. Kuasa YDPA mengampunkan, menangguhkan, dan meringgankan hukuman.

Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa

Demokrasi berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara. Antara ciri demokrasi adalan amalan pilihan raya, jaminan kepada kebebasan asasi serta pembahagian kuasa pada peringkat Persekutuan dan negeri.

Amalan pilihan raya di Malaysia 

  • Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 5 tahun.
  • Diadakan sejak negara kita mencapai kemerdekaan.

Kebebasan Asasi

  • Merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
  • Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan:
    1. Kebebasan Diri : tiada seorang pun yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
    2. Kebebasan Beragama : Islam adalah agama Persekutuan tetapi penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka.
    3. Hak Beerkenaan dengan Pendidikan : tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lain.
    4. Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan : Setiap warganegara berhak bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan.
  • Kebebasan asasi tidak bersifat mutlak, tetapi tetapi tertakluk kepada sekatan undang-undang.

Pengasingan Kuasa dalam Pemerintahan

  • Kuasa pengasingan di Negara kita dibahagikan kepada 3 badan iaitu Badan Perundangan (legislatif), Badan Eksekutif (pelaksana) dan Badan Kehakiman (judisiari).
  • YDPA merupakan Ketua Utama Negara kepada ketiga-tiga badan ini.

Badan Perundangan

Menggubal dan meminda undang-undang, menyemak dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan dan system cukai baharu.

  1. Parlimen : Badan perundangan tertinggi di Malaysia. (Terdiri daripada YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
    • YDPA : Salah satu komponen dalam badan perundangan.
    • Dewan Negara atau Senat : Dewan tertinggi dalam perundangan negara, membahas rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
    • Dewan Rakyat atau Perwakilan : Ahli dipilih oleh rakyat, gubal dan lulus undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

Badan Eksekutif

Melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan. (Terdiri daripada Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri)

  1. Jemaah Menteri (Kabinet) – Pada peringkat kerajaan Persekutuan
    • Terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.
    • Tugas utama : Gubal dasar negara dan laksana pembangunan.
    • Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri, memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran kerajaan.
    • Menteri mengetuai kementerian masing-masing untuk melaksanakan dasar kerajaan.
    • Prinsip Jemaah Menteri, bertanggungjawab bersama secara kolektif kepada Parlimen.
    • Sekiranya seseorang menteri tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, beliau hendaklah meletakkan jawatan.
  2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri : Pada peringkat negeri. (Terletak pada Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri)
    • Negeri di Semenanjung Malaysia : Kuasa ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuaarat Kerajaan Negeri atau EXCO (Executive Council).
    • Di Sarawak dan Sabah – Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Kabinet Negeri.
    • Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
  3. Badan Kehakiman : Mentafsir dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
    • Ketua Hakim Negara – Ketua Badan Kehakiman.
    • Hakim – Memastikan sistem kehakiman dan keadilan ditegakkan.
    • Peranan Badan Kehakiman : Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama rakyat. Menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
    • Fungsi badan kehakiman bergantung pada status Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan dan Mahkamah Khas.
    • Mahkamah pada peringkat negeri : Mahkamah Syariah dan Mahkamah Anak Negeri (Sabah dan Sarawak)
    • Hakim mestilah bebas daripada pengaruh politik bagi memelihara institusi keadilan.

Keunikan Amalan Demokrasi Berparlimen di Negara Kita

Gabungan Unsur Tradisional dan Moden dalam Pentadbiran

  • Pemerintahan Malaysia terdiri daripada gabungan unsur tradisional dan moden.
  • Unsur tradisional – Kedudukan raja sebagai warisan sosiopolitik masyarakat Melayu.
  • Unsur moden – Demokrasi Berparlimen berdasarkan model Westminster England.
  • Gabungan ini mengimbangi amalan demokrasi dalam persekitaran sosiopolitik di negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Mekanisme Semak dan Imbang dalam Pentadbiran

  • Sistem Raja berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekasnisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita.
  • Pemerintahan beraja – Mengimbangi pemerintahan demokrasi kerana raja berkecuali dalam hal politik, ekonomi dan dasar negara.
  • Kuasa pengimbanga pada raja – Meredakan konflik yang berlaku dalam demokrasi.
  • Mekanisme semak dan imbang – Berlaku melalui pengasingan kuasa (badan perundangan, eksekutif dan kehakiman).

Kuasa Budi Bicara Raja

  • Kuasa budi bicara raja – Kuasa yang dilaksanakan oleh baginda tanpa mendengar atau menurut nasihat ketua kerajaan.
  • Kuasa budi bicara YPDA – Melantik ketua Kerajaan Persekutuan (Perdana Menteri), dan tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.
  • Kuasa budi bicara Raja dan Yang di-Pertuan Negeri – Melantik ketua Kerajaan Negeri (Menteri Besar dan Ketua Menteri), dan tidak memperkenankan pembubaran DUN.

Kerjasama Politik

  • Menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinxip tolak ansur, perundingan dan pengorbanan.
  • Pemuafakatan pelbagai parti politik – Membolehkan parti politik membentuk kerajaan dan berkongsi kuasa dalam pemerintahan.
  • Tahun 1955 – Parti Perikatan yang menggabungkan parti berasaskan kaum dibentuk.

Diharapkan perkongsian berkaitan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 3 Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen memberikan manfaat kepada anda khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.