Tips

Cara Mudah Menghafal Dengan Mudah Dan Cepat

Disemak dan dikemaskini pada pukul

Terdapat pelbagai teknik yang biasa digunakan dalam menguasai apa-apa ilmu atau mata pelajaran. Selain membaca, memahami dan membuat latihan, teknik menghafal juga merupakan salah satu cara yang paling berkesan dan sering digunapakai oleh para pelajar terutamanya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Justeru, berikut dikongsikan tips atau Cara Mudah Menghafal buat rujukan semua.

Sejak kecil lagi kita telah dilatih untuk mengingat perkara-perkara seperti abjad ABC, sifir, surah-surah dalam al-Quran (bagi yang beragama Islam) dan bermacam-macam lagi. Jadi, tidak hairan sekiranya teknik menghafal itu sudah menjadi teknik pembelajaran yang sebati dengan diri kita. Namun begitu, bukan semua orang mempunyai kebolehan atau kapasiti untuk menghafal yang sama. Ada yang dapat mengingat banyak perkara dalam masa yang singkat serta mengingati hafalan tersebut dengan baik untuk tempoh yang lama dan ada juga yang sebaliknya.

peta minda cara mudah menghafal

Cara Menghafal Dengan Cepat Dan Berkesan

Setiap orang pasti mempunyai pendekatan yang berbeza dari segi cara hafalan. Ia boleh jadi kerana sudah terbiasa, selesa, atau didapati bahawa cara hafalan yang digunakan itu adalah yang paling berkesan.

Justeru, berikut dikongsikan tips berkaitan yang dapat digunakan terutamanya bagi yang menghadapi masalah atau ingin memperbaiki teknik hafalan mereka.

Baca Juga : Format Penulisan Surat Kiriman Rasmi Beserta Contoh

1. Pilih Waktu Yang Sesuai

Antara waktu yang baik untuk menghafal adalah pada waktu pagi atau pada 2/3 malam. Para pelajar boleh tidur selepas Isyak dan bangkit semula dalam pukul 3 pagi untuk menggunakan kesegaran tubuh dan minda pada waktu itu.

2. Menumpukan Perhatian Dan Fokus

Untuk membantu seseorang itu menghafal dengan mudah, sebelum mula menelaah pelajaran, pastikan tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap topik atau perkara yang ingin dihafal itu. Elakkan daripada sebarang gangguan seperti televisyen, telefon bimbit, atau perkara lain yang dapat mengalihkan perhatian daripada proses hafalan.

3. Dengar Bacaan Sendiri

Membaca dengan nada yang dapat didengari oleh diri sendiri dapat memudahkan seseorang untuk mengingati dengan lebih mudah. Sepertimana mendengar muzik atau lagu, teknik ini dapat membantu anda menghafal apa yang anda dengari.

4. Banyakkan Menulis

Apa-apa poin atau isi penting yang ingin dihafal, seeloknya tulis atau catatkannya. Selain mudah untuk dibaca semula pada bila-bila masa, mencatat sesuatu akan membantu anda untuk lebih mengingatinya berbanding dengan hanya membaca.

5. Perbanyakkan Latihan

Latihan secara asasnya adalah sesuatu yang dilakukan secara berulang kali sehingga menjadi kebiasaan. Membuat latihan dengan banyak bukan sahaja dapat memudahkan seseorang itu untuk menghafal tetapi juga akan meningkatkan lagi penguasaan terhadap sesuatu perkara. Bagi para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, teknik ini amat berkesan kerana ia membolehkan anda untuk memberi fokus dan lebih mudah mengingati perkara-perkara penting.

6. Kongsi Atau Ajar

Ramai yang berpendapat bahawa seseorang itu perlu menguasai sesuatu topik sebelum mengajar atau berkongsi dengan orang lain. Tetapi sebenarnya ia adalah sebaliknya. Berkongsi ilmu atau mengajar orang lain dapat memudahkan kita untuk mengingat dan memahami topik tersebut kerana untuk mengajar berbuat demikian seseorang itu perlu menelaah dan membuat rujukan terlebih dahulu.

7. Jaga Pemakanan

Pemilihan makanan juga memainkan peranan. Makanan seperti kismis, madu, ikan segar dan macam-macam lagi dapat membantu minda menjadi sihat dan cerdas serta memudahkan hafalan.

Teknik Dan Cara Menghafal

Diharap agar perkongsian Tips Menghafal ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca terutamanya para pelajar yang bakal menghadapi ujian atau peperiksaan. Selamat berjaya buat semua.

Related : daya ingatan otak untuk untuk memastikan meningkatkan kemampuan untuk bantu kemampuan mengingat untuk menghafal al quran untuk menghafal dengan cepat hafalan al quran, poin penting